Friday, 8 January 2016

Nafsu atau Cinta?

Lelaki ada perasaan kat kaum hawa.. Biasala,xde yg peliknya..Allah menciptakan manusia secara berpasangan, ada lelaki ada juga perempuan. So,xhairanlah bila kau tgk wanita/perempuan perasaan suka muncul..Tu normal okayy..Lainlah kalau kau nmpk lelaki tiba2 timbul perasaan lain..Kalau ada perasaan tu cepat2 pergi jumpa pakar..hehe

Cinta atau Nafsu???

Persoalan yg perlu anda tanya pada diri.. Allah cipta lelaki yang baik untuk wanita yg baik manakala yg sebaliknya untuk yg sebaliknya..faham2 lah sendiri

Bukanlah nk ckp diri ini baik,tp ada hadis yg mengatakan sampaikanlah ilmu kepada org lain walaupun satu yg anda dpt daripada majlis ilmu yg pernah anda hadiri..moga sama2 kita dapat manfaat daripadanya.

Bila muncul perasaan suka pada wanita ni..anda perlu tahu bahawa waktu itu syaitan mula berbisik supaya anda mendekati mereka walau dgn apa cara sekalipun..Alahhh,faham2 lah lelaki mcm mne kau berusaha kalau nk sesuatu..tulah mksud aku..sebenarnya masa ni godaan syaitan/iblis sangat kuat..lebih2 lagi kita yg kurang iman ni..Ustaz pon belum tentu dpt kawal godaan ini..sebab tu Allah nk kita selalu dekat pada-Nya..brulah hati kita sentiasa takut untuk ke lembah maksiat.

Sebenarnya kau sendiri pon dapat tahu bila kau suka kat perempuan ni tu adalah cinta ataupun nafsu..Bagaimana???

Masa kau dkt dgn dia, kau rasa x nk ajk dia ke jalan Allah?

Or kau nk lepaskan nafsu je dgn mereka?

Bila puas tinggalkan mcm sampah.

So fikirlah sendiri.. Sebaiknya bila suka pada seseorang, selitkan namanya dalam doamu moga Allah jodohkan dirinya dgnmu..qadar Allah masih blh berubah dgn doa yg bersungguh-sungguh pada yg Maha Esa..Jadi jgnlah berputus asa dalam hidupmu. Doakan supaya Allah menjaga hatinya buat dirimu..tu jelah perkongsian pada pagi ini;)

Selamat beramal 

Sunday, 3 January 2016

A journey begin.

3/1/2016(ahad)

Touchdown kl!

Setelah sebulan lebih berada di kampung.Hanya tuhan saja yang tahu perasaan meninggalkan ibu bapa tercinta di kampung.Namun,itu semua bukan alasan untuk tidak menuntut ilmu.

Masih aku ingat pesanan ustaz semasa di sekolah dulu,
sewaktu semua sibuk belajar bagi menghadapi sijil pelajaran malaysia(SPM), ibuku terlantar sakit di kampung. Tuhan saja tahu perasaan resah gelisah nk fokus.

"Awk serahkan semua pada Allah,insyaallah semua Allah jaga buat awk",kata ustaz.

Dengan berserah semua pada Allah aku tekad untuk belajar dan serahkan semua kepada Allah. Alhamdulillah berkat daripada itu keputusan yang cemerlang aku peroleh.
p/s:niat belajar kerana allah,segala masalah atau ujian yang menimpa serahkan pada Allah. Doakan selalu kesihatan ibu bapa dan insan yang kita sayang,insyaallah dengan izin-Nya semua beres:)

Dah nk maghrib,stop dulu,nanti aku smbung balik kisah hidupku.

#misiempatrata